Membawang Hari Ini

Indah menggigil kesejukan di Jepun

KUALA LUMPUR: Demi menjayakan video muzik single berjudul Semua Untuk Cinta, penyanyi, Indah Ruhaila, 29, sanggup menahan kesejukan di Sapporo, Jepun.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein berkata, pengalaman seharian menggayakan gaun dalam cuaca sejuk 12 darjah Celcius di bawah paras beku takkan dapat dilupakan dirinya.

“Seribu satu pengalaman dapat ditimba sepanjang lapan hari proses penggambaran muzik video di Jepun. Saya perlu memakai ‘dress’ dalam cuaca bersalji yang begitu sejuk. Bagaimanapun antara waktu rakaman tentunya saya memakai baju yang tebal.

“Biarpun berdepan dengan cuaca sejuk dan salji tebal, namun saya pasti hasil kerja CST Productions memberikan hasil yang memberangsangkan. Kos penggambaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan,” katanya memetik laporan BH Online.

Indah berkata, video muzik Semua Untuk Cinta yang menjalani penggambaran di negara matahari terbit itu dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Indah turut berkongsi minat terbaharu beliau mempelajari seni mempertahankan diri, Muay Thai.

Bermula sekadar suka-suka, penyanyi lagu Percayalah itu menjadikan seni bela diri berkenaan sebagai rutin bagi meningkatkan stamina dan juga demi faktor kesihatan.

“Sebenarnya Muay Thai ialah aktiviti riadah yang menarik kerana ia membuatkan seluruh tubuh bergerak. Selain bagus untuk kesihatan, ia juga boleh diamalkan sebagai seni mempertahankan diri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");