Sukan Hari Ini

Inter Milan Pesta Gol, Icardi, Banega Catat Hatrik

INTER Milan berpesta gol dalam perlawanan menentang Atalanta awal pagi Isnin apabila menang 7-1 dalam pertandingan di Stadium Giuseppe Meazza.

Mauro Icardi dan Ever Banega telah menjadi wira dalam kemenangan Inter dengan mencatat hatrik.

Icardi yang juga kapten pasukan meledakkan gol pada minit ke-17, ke-23 dan ke-26.

Ini bermakna tuan rumah sudah unggul 5-1 pada separuh masa pertama berkat gol tambahan Banega (31′ dan 34′).

Banega kemudian mengikut jejak Icardi dengan melakukan hatrik menerusi gol ketiganya pada minit ke-68.

Gol itu diperolehi selepas, seorang lagi rakan sepasukannya, Gagliardini menambah gol pada minit ke-52, menjadikan kedudukan 6-1.

Terdahulu, pemain Atalanta Remo Freuler berjaya meledakkan satu gol pada minit ke-42.

Dengan kemenangan ini, Inter Milan naik ke posisi keempat dengan 54 mata dari 28 perlawanan malah mereka unggul satu mata di atas Lazio dan dua angka di atas Atalanta (tempat ke-6).

Puncak Serie A dikuasai Juventus dengan 70 mata yang diekori Roma dengan 62 mata seperti memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");