Perak Hari Ini

IPT Disaran Main Peranan Majukan Sektor Pelancongan

IPOH: Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak mencadangkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut serta memainkan peranan dalam memajukan sektor pelancongan terutamanya apabila Kerajaan Negeri melancarkan Tahun Melawat Perak 2017.

Naib Pengerusi ARUS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata pendekatan itu dilihay mampu membuka peluang kepada semua IPT di Perak untuk turut serta memberi kerjasama menarik pelancong yang boleh dimanfaatkan di Kampus masing-masing.

Melalui kenyataan media, beliau mencadangkan IPT menawarkan kursus jangkamasa pendek dan juga kursus bermusim yang dipakejkan sekali dengan lawatan kebudayaan ke kampung-kampung pilihan sebagai sebahagian dari aktiviti untuk program pergerakan pelajar.

“Ianya sebagai salah satu inisiatif untuk memperkenalkan Malaysia kepada bakal-bakal graduan di luar negara, dalam masa yang sama ia juga boleh mempromosikan IPT tempatan kepada warga dalam negara dan antarabangsa untuk Perak dan Malaysia menjadi ‘Taman Ilmu’ serantau.

“Dengan kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa yang belajar di negeri ini, ianya juga dapat meningkatkan imej dan profil pendidikan di negeri dan Negara dalam masa yang sama hub pendidikan dunia,” katanya.

Menurut beliau juga, selain mewujudkan program-program khusus di Kampus bagi tujuan menarik pelancong ia juga dapat membantu meluaskan promosi pendidikan yang terdapat di Kampus tersebut dan juga tambah nilai program sosial masyarakat yang boleh diusahakan untuk membantu kerajaan negeri.

“Usaha ini diyakini mampu memperbanyakkan aktiviti dan juga tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi oleh para pelancong ketika melancong di negeri ini.

“Sudah tentu sejarah penubuhan Kampus juga boleh dijadikan rujukan yang penting untuk menarik pelancong untuk berkunjung ke Kampus tersebut,” katanya.

Tambah beliau lagi, ARUS Perak yakin dan percaya IPT mampu memberikan sumbangan kecil di dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong di dalam program Tahun Melawat Perak 2017. Program ini membuka peluang besar untup semua IPT di Perak untuk sama-sama menyumbang bagi menarik pelancong ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");