Membawang Hari Ini

Isteri alahan, Hafidz Roshdi ambil alih tanggungjawab di rumah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hafidz Roshdi, 23, tidak kekok untuk mengambil alih tanggungjawab menguruskan rumah tangga selepas isterinya yang hamil tiga bulan mengalami alahan teruk.

Tugasan di rumah yang sebelum ini dilakukan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, cuba diuruskan sebaik mungkin, sekali gus memberikan ruang untuk insan tercinta mendapatkan rehat secukupnya.

“Tidak susah mana pun kalau setakat memasak, mengemas dan mencuci pakaian. Dalam keadaan isteri yang lesu disebabkan kerap muntah selain mudah letih, saya membantu meringankan kerja rumah.

“Kasihan melihat keadaannya melalui alahan teruk sejak awal kehamilan. Harap-harap selepas trimester kedua nanti, kesihatannya akan kembali seperti biasa.

“Bagi saya, biarlah dia fokus dengan kesihatannya dulu. Soal rumah atau urusan harian tidak perlu dirisaukan kerana saya masih boleh melakukannya,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Dalam keterujaan bakal menimang cahaya mata pertama, bintang Tundukkan Playboy itu memaklumkan, Nurul Shuhada turut mengalami alahan terhadap bau badannya.

“Memang ada alahannya yang agak pelik. Dia tidak boleh tercium bau badan saya, yang ada masa membuatkannya loya. Saya tidak berkecil hati kerana faham situasi dilaluinya,” katanya.

Pasangan yang bercinta selama tiga tahun itu mendirikan rumah tangga pada 30 April tahun lalu selepas lima bulan bertunang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");