Sukan Hari Ini

‘Jika Hazard, Courtois sertai Real, habislah Chelsea’ – Costa

DIEGO COSTA mengakui risau apabila rakan sepasukannya di Chelsea, Eden Hazard dan Thibaut Courtois, mungkin berhijrah ke Real Madrid musim hadapan.

Courtois kini menjadi perbualan utama serta menjadi sasaran penyandang juara Eropah musim ini selepas Keylor Navas kerap melakukan kesilapan.

Sementara itu, Hazard juga dilihat bakal menyertai Real musim hadapan, dengan pemain kebangsaan Belgium itu menyifatkan pengendali Zinedine Zidane sebagai idolanya.

Memetik laporan Astro Arena, Costa percaya bahawa kedua-dua pemain sukar untuk menolak sebarang tawaran daripada pendahulu LaLiga itu.

“Jika Real Madrid mendapatkan khidmat Hazard dan Courtois, habislah Chelsea!” kata penyerang Sepanyol itu kepada Cadena COPE.

“Semua orang tahu Hazard gembira di Chelsea tetapi apabila pasukan seperti Real memberikan tawaran, sukar untuk menolaknya.

“Real Madrid mencari penjaga gol terbaik dan Courtois adalah salah seorang daripadanya.

“Courtois gemar beraksi di Sepanyol, seluruh keluarganya berada di sana. Apa-apa sahaja boleh berlaku.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");