Sukan Hari Ini

Jurulatih Bukan Ahli Silap Mata – Presiden FAP

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari meminta supaya penyokong pasukan negeri itu memberi masa kepada pengendali baharu skuad Harimau Kumbang.

Menurut Zairil, Zainal Abidin Hassan merupakan salah seorang legenda bola sepak terkenal dan yakin sentuhannya mampu mengubah prestasi skuad Pulau Pinang.

“Saya nampak pemain-pemain kembali bersemangat untuk bangkit. Mungkin sebelum ini mereka hilang motivasi selepas keputusan yang tidak baik sejak liga bermula.

“Diharap dengan adannya jurulatih baharu ini, setuasi akan berubah menjadi lebih baik,” jelasnya ketika ditemui mStar online baru-baru ini.

Dalam pada itu Zairil turut berharap agar semua penyokong Pulau Pinang memberi masa kepada Zainal Abidin untuk menguruskan skuad dengan lebih baik.

“Dalam bola sepak, nak dapat hasil serta merta memang payah sikit. Segala yang kita buat perlukan masa.

“Jurulatih baharu bukan ahli silap mata dan perlukan satu tempoh untuk melihat perubahan,” ujarnya.

Selain itu, Zainal Abidin yang dihubungi memberitahu bahwa dia gembira dengan penerimaan pemain serta penyokong pasukan ini.

“Pemain-pemain cepat menerima situasi baharu dan ia sesuatu yang baik bagi saya dalam misi mencari keputusan perlawanan positif selepas ini.

“Apabila menerima tugas ini, bermakna saya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik,” jelasnya yang dilantik sebagai ketua jurulatih Pulau Pinang minggu lalu.

Zainal Abidin mengambil alih tugas Ashley Westwood melepaskan jawatannya selepas mencapai kata sepakat berhubung prestasi hambar pasukan sejak awal musim.

Pulau Pinang berada di tangga tercorot Liga Super musim ini dengan hanya mengutip dua mata daripada lapan perlawanan memetik sumber Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");