Berita Hari Ini

Ka Chuan sertai Mesyuarat Menteri Perdagangan Komanwel

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan akan menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Perdagangan Komanwel di London pada 9 dan 10 Mac.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, topik perbincangan termasuk mencergaskan semua perdagangan antara negara Komanwel, teknologi dan inovasi, mewujudkan ekonomi eksport, masa depan perdagangan Komanwel dan cadangan untuk dipertimbang pada mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2018.

Dalam lawatan itu, Ka Chuan dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Kanada, François-Philippe Champagne, selain mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan menteri-menteri dari Australia, Kanada, Brunei, New Zealand dan Singapura, bagi menilai program kerja menjelang Persidangan Peringkat Menteri WTO, yang akan dianjurkan oleh Argentina pada Disember.

Ka Chuan juga akan bertemu kumpulan masyarakat perniagaan United Kingdom bagi berkongsi peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia, selain menyakinkan mereka bahawa Malaysia merupakan destinasi pilihan pelabur asing.

“Ini diikuti mesyuarat dengan pelabur berpotensi dan lawatan tapak ke satu projek yang dilaksanakan oleh syarikat Malaysia di Royal Mint Gardens,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");