Perak Hari Ini

Kadet Polis Di MRSM Perlu Diberi Jenama Baru

TAIPING:Penglibatan pelajar dalam unit beruniform seperti kadet polis terutama di peringkat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu diperbanyakkan dan diberi satu bentuk jenama yang baharu.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Timbalan Datuk Zainal Abidin Kasim berkata ia bagaimanapun masih diperingkat perbincangan.

“Masih terdapat pusat kegiatan mara yang tidak menyediakan unit beruniform kadet polis malah antara universiti dan sekolah kita perlu mempertimbangkan satu jenama baru bagi mewakilinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus merasmikan majlis penutupan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia kali ke-14 di Dataran Dewan Al-Abqari, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kertas cadangan untuk memperbanyakkan penubuhan unit uniform itu sedang diperhalusi melibatkan kerjasama pihak Mara dan JPJKK Bukit Aman.

“Ia juga memerlukan pengurusan pegawai dan pensyarah yang tersendiri bagi menguruskannya malah sukatan pelajarannya juga adalah berbeza,” katanya.

Katanya, pengisian aktiviti kadet polis yang menitikberatkan soal disiplin dalam setiap aspek sangat bermanfaat kepada pelajar.

“Antara bentuk pelajaran seperti pendedahan berkaitan undang-undang dan jika pelajar berumur 18 tahun keatas kita boleh bagi pendedahan dari segi prosedur tangkapan untuk diambil tindakan namun berlainan dengan peringkat sekolah yang lebih kepada pembentukan jati diri,” katanya lagi.

Tambahnya lagi menerusi pendedahan tersebut, pelajar bakat diterapkan dengan ilmu bermanfaat dan membentuk peranan mereka mengikut peringkat sekolah dan universiti.

“Ia patut bermula dari awal supaya memberi pendedahan dengan ilmu kepolisan di peringkat sekolah lagi supaya mereka dilengkapi dengan cara menjaga keselamatan diri dan keluarga selain menjadi mata dan telinga kepada pihak polis,” katanya.

Terdahulu perkhemahan kor Kadet Polis MRSM Se- Malaysia ke-14 disertai seramai 1,122 orang kadet, jurulatih dan guru pengiring yang terdiri daripada 47 buah sekolah MRSM seluruh Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");