Membawang Hari Ini

Kamal sudah bersedia

Selepas hampir tiga tahun menyulam cinta, pelakon Kamal Adli mengakui sudah bersedia untuk memperisterikan pilihan hatinya Emma Maembong.

Bagaimanapun, aktor berusia 31 tahun itu masih belum dapat kongsikan waktu paling tepat mereka disatukan sebagai suami isteri.

“Jika ikutkan hati, saya sudah lama bersedia untuk berkahwin. Namun saya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa. Saya bersyukur keluarga juga tidak pernah memberikan sebarang tekanan berhubung soal itu,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Ditanya mengenai gosip mengatakan mereka bakal menuju ke gerbang perkahwinan pada waktu terdekat, Kamal tenang menafikan.

“Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya. Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti dibenci orang,” katanya.

Bercerita mengenai hubungan akrabnya dengan Emma yang semakin mewangi, Kamal beritahu, Emma antara wanita yang mampu ‘membuka matanya’ betapa penting menghargai dan prihatin terhadap orang disayangi.

Katanya, barangkali kegagalan dalam beberapa percintaan lalu berpunca daripada dirinya yang kurang prihatin terhadap pasangan apabila menganggap hubungan yang dibina berada dalam zon selesa.

“Alhamdullilah sepanjang berkawan rapat dengan Emma, dia membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita. Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikannya. Itulah diri saya sebelum ini,” katanya.

Kata Kamal, percaya atau tidak wanita sememangnya inginkan penghargaan dan perhatian dalam perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali abaikan pasangan walau usia perhubungan sudah bertahun lamanya.

“Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkannya, malah dia lebih yakin bahawa lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu calon terbaik untuk menjadi suaminya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");