Sukan Hari Ini

‘Kami Bukan Badut dah..’

Sepang: Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee mempertahankan aksi anak buahnya biarpun hanya selesa seri 0-0 dengan Filipina dalam aksi persahabatan antarabangsa kelmarin selepas mereka dikecam sebagai badut susulan keputusan buruk dalam Jelajah Oceania tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan seri berdepan Filipina yang berada di ranking ke-124 dunia berbanding Malaysia (161) boleh dianggap permulaan yang baik untuk mereka tahun ini.

“Keputusan seri ini bukan yang kami inginkan, tapi kita harus tahu Filipina bukan pasukan seperti dulu, mereka sekarang berada di ranking hampir 40 anak tangga lebih baik berbanding kita.

“Bila kita main dengan Fiji dan Papua New Guinea tahun lalu yang berada di ranking 180 lebih dan 190 lebih yang mana kita seri (1-1) dan tewas (0-2) kita di panggil badut, tapi bila kita seri dengan Filipina di ranking lebih baik daripada kita, kita masih lagi badut?” katanya memetik sumber Harian Metro.

Keputusan seri dengan Filipina kelmarin adalah yang kelima berturut-turut selepas kali terakhir Harimau Malaysia menang 4-0 pada Piala AFF 2007.

“Bagi saya ia masih keputusan baik kerana ini akan memberikan keyakinan tinggi kepada pemain untuk beraksi menentang pasukan di ranking lebih tinggi,” ujar Kim Swee.

Dalam perlawanan itu, skuad negara dilihat bergelut bermain di atas padang rumput tiruan di Stadium Memorial Rizal terutama pada babak pertama namun hampir mencuri kemenangan di saat akhir jika pemain gantian S Veenod dapat menyempurnakan peluang di depan pintu gol.

Semua pemain kini dibenarkan pulang ke pasukan masing-masing selepas aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang pada 28 Mac ini ditangguhkan ke 8 Jun berikutan faktor keselamatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");