Isu Panas

Kedatangan Raja Salman Lenyapkan Semua Dakwaan Fitnah Terhadap PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata lawatan Raja Salman sangat bererti antaranya ia satu pengitirafan kepada Malaysia kerana menjadi negara pertama dilawat baginda.
Katanya, walaupun beliau menjangkakan Ahli Parlimen pembangkang akan ‘serang’ dengan dakwaan mainan mereka selama ini iaitu mengenai isu derma RM2.6 billion, namun perkara tidak berlaku.
“Dari segi lain tentu sekali kalau ada pihak yang menyatakan kononnya kita ini negara gagal, tidak stabil ekonomi dan sebagainya yang menyebabkan maklumat salah disampaikan kepada pihak Arab Saudi terutama Aramco.
“Kononnya EPF dah bangkrap…kononya kita sudah tidak ada duit nak bayar gaji pegawai kerajaan…macam-macam.
“Pada saya bila Raja Salman melawat Malaysia lenyap segala-gala tuduhan palsu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggongjawab,”katanya.
Najib menjelaskan lawatan itu telah beri impak sangat besar kepada Malaysia terutama dalam membina hubungan strategic lebih erat,hubungan ekonomi yang lebih bermanafaat dan hubungan ummah yang lebih bermakna.
Pada sudut ekonomi sebanyak tujuh memorandum persafahaman antara pihak swasta ditandatangani melibat potensi perdagangan dalam pelbagai sektor bernilai RM9.75 billion.
“Kemuncak lawatan itu adalah pelaburan ekuiti membabitkan syarikat minyak kedua negara Aramco dan Petronas bagi penyertaan Aramco di projek Rapid di Pengerang Johor.Jumlah pelaburan RM31 billion.Ia merupakan pelaburan terbesar dibuat oleh syarikat Arab Saudi di Malaysia,”katanya.
Menurut beliau pada lawatan itu Raja Salman juga beri sokongan penuh pada King Salman Center For Global Peace.
Bagi tujuan ini kerjasama dalam bidang pertahanan diperkukuhkan dalam perangi ekstremisme agar ideloji itu dapat dibendung di kedua negara.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");