Isu Panas

Kedudukan Orang Melayu Lebih Baik Hasil Perjuangan UMNO Sejak Dahulu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat di Negara ini terutama masyarakat Melayu supaya bersyukur dengan kuasa politik dimiliki oleh orang Melayu dan bumiputera pada masa ini.

Jelas beliau, kedudukan masyarakat Melayu ini dalam keadaan yang lebih baik berikutan perjuangan kerajaan ditunjangi UMNO yang membawa perubahan tersebut.

Beliau memberikan contoh pelaksanaan program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang membuka ruang dan peluang kepada pelajar bumiputera yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kalau pembangkang yang ditunjangi DAP, jangan harap ada program seperti ini dilaksanakan oleh mereka.

“Apa yang kita lihat hari ini tidak boleh dipisahkan dengan kekuasaan politik sebab ia yang menentukan kemungkinan segala-galanya berlaku,” katanya ketika berucap melancarkan program JPB 2017 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di Padang Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Program JPB 2017 menyasarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara 2012 hingga 2016 bagi memenuhi impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan penglibatan pelbagai IPT dan kemahiran seluruh negara.

Program tersebut dijangka mengeluarkan kira-kira 50,000 surat tawaran ke IPT kepada pelajar yang layak termasuk di universiti awam dan institusi teknik serta vokasional.

Program selama tiga bulan yang diadakan di 55 kawasan Parlimen di seluruh negara itu adalah kesinambungan daripada kejayaan JBP 2016 yang memberi impak positif dalam membuka peluang kepada pelajar bumiputera yang miskin dan kurang berkemampuan meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");