Membawang Hari Ini

‘Kemesraan saya dan isteri bukan untuk menunjuk’ – Noh Salleh

PETALING JAYA: Menyedari gambar kemesraan dia dan isteri sering mendapat perhatian netizen, penyanyi Noh Salleh berkata, kemesraan dia bersama isteri iaitu Mizz Nina bukanlah mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin menawan hati isterinya itu.

Noh, 33, berkata, dia tidak menyangka perkara berkenaan memberi inspirasi kepada masyarakat di luar terhadap kehidupan seseorang selepas berkahwin.

“Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah untuk isteri saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan lain.

“Lagi pula ia merupakan perkara yang positif untuk hubungan kami, saya tidak sangka pula ramai yang menjadikan perkara sebagai inspirasi,” ujarnya kepada mStar Online.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Julai 2011.

Noh berkata, sebagai selebriti dia berasa gembira jika perkara berkenaan dapat mendorong orang lain membuat kebaikan.

“Pada saya tanggungjawab sebagai selebriti menyebarkan perkara-perkara yang baik dan harus gunakan laman sosial untuk sesuatu perkara yang berfaedah.

“Lagi bagus jika apa yang dikongsi itu menjadi inspirasi kepada orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 37, berkata, suaminya itu memang seorang yang romantik dan pandai menjaga hatinya.

Bagaimanapun mereka tetap mempunyai batasan tertentu untuk berkongsi tentang hal rumah tangga kepada umum.

“Kami ada batasan juga, tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum. Kalau boleh apa yang dikongsi memberi manfaat kepada semua,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");