Panasnya Hari Ini

Kerajaan DAP Hanya Pandai Kritik

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menggesa agar Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak hanya pandai mengkritik tanpa memberi sebarang penyelesaian konkrit mengenai isu pembalakan haram yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Ulu Muda di negeri ini.

Memetik sumber Berita Harian,ujarnya aktiviti pembalakan itu tidak mendapat lesen daripada kerajaan negeri, tetapi dilakukan secara haram.

Katanya, penguatkuasaan perlu dilakukan oleh Jabatan Hutan, malah arahan memperkemaskan tugasan itu juga sudah dikeluarkan.

“Pulau Pinang jangan tahu membidas sahaja.. tampillah bersama-sama membantu Kedah mengatasi masalah ini. Kedah kena jaga hutan, tetapi Pulau Pinang tahu ambil air saja.

“Jangan hanya tahu nak ambil air dan bidas kita sahaja, tetapi tidak mahu bersama-sama atasi pembalakan haram. Apa sumbangan Pulau Pinang pula (dalam menjaga hutan)…. itu bukan sikap kerajaan yang baik.

“Kita ada beberapa kali panggil untuk perbincangan, tetapi mereka tidak berminat. Pertemuan perlu ada di peringkat tertinggi yang boleh mencapai persetujuan dan persefahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 bagi Parlimen Alor Setar di Pejabat Daerah Kota Setar hari ini.

Baru-baru ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong gesaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) untuk segera melarang pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda dan mewartakan hutan simpan ini sebagai hutan tadahan air.

Ia susulan PBAPP mendedahkan bahawa kapasiti penyimpanan Empangan Muda adalah 60.3 peratus pada 1 Januari lalu dan ia menurun kepada 27.3 peratus pada 7 Mac lalu yang membawa kepada defisit air ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");