Panasnya Hari Ini

Kerjasama Umno-Pas bukan kerjasama politik – Mohd Amar

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerjasama antara Umno dan Pas hanyalah antara kerajaan dengan kerajaan, bukan kerjasama politik.

Malah jelasnya parti itu sudah menyatakan pendirian tersebut dengan jelas.

“Jika hal berkaitan kepentingan negara,Islam, dan semua rakyat, memang kita akan bekerjasama tetapi ianya hanya antara kerajaan, tiada kerjasama politik.

“Kita akan lawan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Mengulas mengenai proses rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Amar berkata ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Kami masih lagi berbincang. Tiada keputusan lagi dibuat,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Selain itu, beliau juga memberi reaksi kepada pertanyaan sama ada perlu atau tidak kerjasama politik berasaskan negeri antara parti-parti politik diwujudkan.

“Itu yang sedang dibincangkan. Kami sudah meminta negeri untuk melihat potensi keperluan untuk perkara itu dibuat.

“Selepas dikumpul, Pas Pusat akan menilai semula semua cadangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");