Jenayah

Kes Geng 24 dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

GEORGETOWN: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan pertuduhan ke atas 22 ahli Geng 24, termasuk seorang bergelar Datuk Seri, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Roslan Hamid membuat keputusan berkenaan selepas mengambil kira pertuduhan kes terbabit dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang di luar bidang kuasanya.

“Ini kerana hanya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan yang kini berada di bawah SOSMA,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Pada 20 Februari lalu, semua tertuduh yang berumur antara 24 hingga 55 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Pulau Pinang, sejak dua tahun lalu.

Tertuduh adalah Teh Swee Chin, Bee Hooi Siang, Eee Ching Hock, Jeremy Cheng Yee Fun, Ng Chian Sia, Mah Chee Seng, Yeong Kah Man, Goh Shun Shien, Ng Ah Boey, Yeoh Choon Hin, Teng Kok Haw, Lim Leong Huat, Chee Chia Heng, Song Wai Hon, Teoh Jong Yow, Yeoh Choon Hong, Lee Chew Hong, Tan Soo Ching, Teh Ang Beng, Tang Soon Poh, Teoh Chin Yeow, dan Teng Kok Loon.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Ebris manakala Choon Hin dan Choon Hong diwakili peguam, MM Athimulan dan K Mahendran; Chian Sia diwakili Tan Sri Dr Muhammad Shafee, Tania Scivette dan Wan Aizuddin.

Sementara 19 tertuduh lain diwakili peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");