Berita Hari Ini

Korea Utara Mungkin Sasar Kim Han-Sols Selepas Ini

KUALA LUMPUR 9 Mac -Korea Utara mungkin mensasarkan anak saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Han-sols selepas ba­panya, Kim Jong-nam dibunuh di negara ini pada 13 Februari lalu.

Bekas Timbalan Duta Korea Utara di London, Thae Yong-ho memberitahu, kejadian pembunuhan yang berlaku terhadap Jong-nam itu dilihat mempu­nyai kaitan dengan keinginan Kim Jong-un untuk mengukuhkan legitimasinya sebagai pemimpin tertinggi negaranya.

Malah jelas beliau, Jong-nam sebelum ini dianggap sebagai penghalang terbesar terhadap hasrat Jong-un mengekalkan kuasa untuk tempoh jangka panjang di Korea Utara.

“Kesediaan Jong-nam membenarkan media antarabangsa menemubualnya dan ia meningkatkan kemungkinan bahawa beliau semakin dikenali di Korea Utara dan perkara itu membimbangkan Jong-un.

“Dalam hal ini, Han-sol, anak lelaki Jong-nam yang berusia 22 tahun juga tidak boleh dike­tepikan daripada perspektif Jong-un. Tidak dapat dipastikan bagaimana kehidupannya selepas ini,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Korea Selatan, Yonhap hari ini.

Yonhap memetik laporan media Jepun berhubung kenyataan Yong-ho semalam iaitu sehari selepas rakaman video seorang lelaki yang mendakwa sebagai Han-sol tular di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat itu, Han-sol mendakwa, bapanya dibunuh dan dia yang kini tinggal bersama ibu serta adik perempuannya berharap keadaan akan bertambah baik.

Rakaman video tersebut merupakan kemunculan kali pertama ahli keluarga Jong-nam sejak beliau dibunuh oleh dua suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Kemunculan Han-sol itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung anak Jong-nam yang kini dikatakan berada di Macau, China.

Insiden pembunuhan Jong-nam itu juga telah mencetuskan ke­tegangan diplomatik yang berlarutan sehingga kini antara Malaysia dan Korea Utara.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");