Jenayah

KPDNKK rampas tong gas LPG

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menyerbu sebuah premis di Seksyen 6, kerana didapati menjual tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen.

Serbuan dibuat kira-kira jam 3 petang, semalam.

Memetik sumber Sinar Harian, Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Abdul Rosik Yakub berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis adalah tempat menjual gas LPG secara runcit.

“Pemeriksaan yang dilakukan dapati premis tersebut tiada lesen barang kawalan LPG.

“Kita telah mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan menyita tong gas LPG 12kilogram (berisi) sebanyak 51 tong, tong gas LPG 14kg (berisi) 10 tong serta 13 tong tidak berisi. Sebanyak 62 tong gas LPG bersaiz 12kg juga turut dirampas,” katanya.

Tambahnya, kita turut menahan seorang pekerja premos bagi membantu siasatan.

Beliau memberitahu, dianggarkan nilai rampasan tong gas LPG berjumlah RM15,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");