Membawang Hari Ini

Lan Kristal kecewa penipuan guna nama, wajahnya

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Kristal, Razlan mengakui kecewa apabila terdapat pihak menggunakan nama dan wajah beliau pada poster mempromosikan acara atau bazar tanpa izin.

Razlan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, menyifatkan pihak berkenaan sengaja mengambil kesempatan menggunakan populariti artis walaupun pada hakikatnya selebriti itu tidak terbabit dengan acara dianjurkan.

“Ia secara tidak langsung adalah satu penipuan. Saya sendiri sudah beberapa kali terkena. Pihak penganjur bazar menggunakan wajah saya dan beberapa artis lain pada poster, seolah-olah kami akan membabitkan diri pada acara berkenaan.

“Sedangkan, saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Mujurlah peminat bijak apabila mereka bertanya mengenai pembabitan saya dalam bazar yang dianjurkan. Bukan saya saja yang terkena, ramai lagi artis berdepan masalah sama,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan pakaian lelaki dan wanita jenama sendiri.

Sementara itu, mengenai perkembangan Kristal,ujarnya kumpulan berkenaan baru saja tampil dengan lagu terkini berjudul Yang Ku Cinta.

Katanya, naskhah berkonsepkan balada itu dirasakan sesuai dengan cita rasa peminat muzik tempatan sekarang.

“Walaupun tampil dengan lagu baharu, sayangnya kami tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalani promosi sehinggalah selepas sambutan Aidilfitri.

“Maklumlah, ahli kumpulan ini masing-masing mempunyai komitmen kerja lain yang sudah pun ditandatangani lebih awal. Mujurlah juga lagu itu sudah mula dimainkan di beberapa radio tempatan.

“Cuma saya percaya, tanpa promosi, sambutan di radio juga akan berkurangan. Jika perkara sebegitu berlaku, kami akan tampil dengan single seterusnya pula selepas Aidilfitri kerana itulah saja waktu yang kami ada,” ujarnya memetik sumber Berita harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");