Sukan Hari Ini

Lang Merah Bersedia Gempur Seladang

BERKEMUNGKINAN turun tanpa empat tonggak utama, Kedah tetap optimis untuk melakar keputusan positif apabila bertemu Perak pada Pusingan Ketiga Piala FA di Ipoh, malam ini.

Malah, rekod baik pada pertemuan lalu turut menjadi sandaran buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencipta kemenangan seterusnya mara ke kelompok lapan pasukan terbaik, musim ini.

“Misi kita di Stadium Perak adalah mahu menang. Jadi sekali lagi saya ingatkan pemain jangan buat tindakan yang merugikan pasukan.

“Apa yang paling penting tumpu kepada permainan dan tak usah gentar, ini bukan pertama kali kita main bola,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Sementara itu, Cheng Hoe juga mahu skuadnya tidak terlalu selesa dan berwaspada dengan setiap gerak-geri tuan rumah.

Malah jelasnya kempen Piala FA sentiasa menghadirkan kejutan dan setiap pasukan yang mara akan bermain sehabis baik kerana ia berformatkan perlawanan kalah mati.

“Ini saingan Piala FA, angin dia pun lain macam. Sedikit kesilapan bawa padah.

“Pasukan yang kurang menyerlah di saingan Liga Super atau Liga Perdana pun boleh cipta kejutan.

“Inilah kelebihan Piala FA,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");