Perak Hari Ini

LAP Catat Jualan Air RM336.98 Juta 2016

IPOH : Lembaga Air Perak (LAP) menunjukkan prestasi baik apabila mencatatkan jualan air sebanyak RM336.98 juta sehingga 31 Disember 2016 berbanding RM320.72 juta bagi tempoh sama tahun 2015.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ianya menunjukkan peningkatan sebanyak RM16.26 juta bersamaan dengan 5.1 peratus berbanding dengan peningkatan sebanyak 3.5 peratus bagi tempoh sama sehingga 31 Disember 2015.

“Peningkatan jualan air ini adalah disebabkan peningkatan penggunaan air sebanyak 4.7 peratus bagi tahun 2016 berbanding dengan peningkatan sebanyak 2.3 peratus bagi tahun 2015.

“Anggaran keuntungan bersih sebelum cukai adalah sebanyak RM90.81 juta, bagi tahun 2016 berbanding dengan RM110.30 juta pada tahun 2015.

“Anggaran keuntungan bersih tahun 2016 telah berkurang sebanyak RM19.49 juta iaitu bersamaan 17 peratus,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Turut hadir ialah Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pengurus Besar LAP, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd

Jelasnya, pengurangan keuntungan itu adalah disebabkan tiada pemindahan pinjaman kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada tahun 2016.

“Bagi tahun 2015, LAP memperolehi keuntungan sebanyak RM18.75 juta melalui pemindahan pinjaman kepada PAAB.

“LAP akan membuat pemindahan baki pinjaman pada tahun 2017,”kata Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");