Jenayah

Lelaki Ditahan Ceroboh, Lontar Bom Petrol Di Kawasan Istana Johor

JOHOR BARU: Polis berjaya menahan seorang penganggur kerana membaling bom petrol ke dalam kawasan istana Johor di sini.

Memetik sumber Thestar, lelaki berkenaan, berusia 20-an, dipercayai telah menceroboh ke kawasan istana pada kira-kira pukul 11.45 malam Jumaat lalu.

Dia dipercayai memasuki kawasan istana menggunakan motosikal sebelum melontarkan bom petrol.
Bagaimanapun, tiada kerosakan besar dilaporkan.

Difahamkan, suspek menyerah diri di salah satu pondok pengawal istana kira-kira 20 minit kemudian.

Sumber berkata, suspek yang dipercayai tidak waras diserahkan kepada polis.

Polis masih menyiasat bagaimana suspek boleh memasuki kawasan istana dan motif serangan itu.

Tidak dipastikan sama ada keluarga diraja Johor berada di istana ketika kejadian berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");