Perak Hari Ini

Lelaki Tidak Mengaku Salah Eksploitasi 15 Individu

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan memperdagangkan eksploitasi buruh paksa 15 individu di Pengkalan Hulu dekat Gerik, pada April 2016 hingga 26 Febuari tahun ini.

L.Ganis yang juga merupakan pengurus ladang membuat pengakuan tersebut dihadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar di sini hari ini.

15 individu warga tempatan itu melibatkan tujuh lelaki dan lapan perempuan termasuk dua remaja lelaki.

Bagaimanapun Majistret menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan melantik jurubahasa bagi pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Tertuduh juga tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1960 kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap Wah Kee (Geng 04/18).
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mempunyai tanda lambang duit syiling bertindih (Wah Kee) bertulis nombor 04 pada paha kaki kanan yang berhubung kait dengan pertubuhan kongsi gelap Wah Kee di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu pada pukul 4.45 petang, 15 Mac lalu.

Manakala bagi pertuduhan kes di bawah Akta Pertubuhan 1960 pula, Noor Hidayah menetapkan 18 April ini untuk penyerahan dokumen di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan memperdagangkan eskplotasi buruh kasar dengan ancaman dan kekerasan di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek dekat Pengkalan Hulu, iaitu pada April tahun lalu sehingga 26 Febuari 2017.

Kesemua mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara mulai Isnin hingga 19 Mac lalu, dan mereka ditempatkan di rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan; Subang Jaya, Selangor; Johor Bahru dan Tanjung Keling, Melaka.

Kes  disiasat mengikut Seksyen 13  Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");