Jenayah

Lima Ditahan Main Judi

KLUANG : Lima lelaki warga tempatan dipercayai menjalankan aktiviti judi haram di sebuah medan selera ditahan pihak polis, di Jalan Tembikai, Bandar Kluang, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, hasil serbuan itu lima lelaki berusia dalam lingkungan 57 hingga 73 tahun diberkas ketika sedang bermain judi haram.

“Serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan aduan awam berkaitan kegiatan judi lumba kuda yang berlaku di kawasan berkenaan terutama pada hujung minggu.

“Hasil tangkapan kesemua suspek polis berjaya merampas dua telefon bimbit, satu alat kelui (pager) warna kelabu, dua surat khabar yang mengandungi catatan kegiatan perjudian dan wang tunai bernilai RM916,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohamad berkata, hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953.

“Bagaimanapun, kini kelima-lima suspek telah ditahan reman sehingga 2 Mac untuk siasatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");