Sukan Hari Ini

Lima pemain digantung dan didenda

LIMA pemain Liga Malaysia digantung dan didenda Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah melanggar Kod Tatatertib badan induk bola sepak negara.

Mereka ialah Mohd Fazli Zulkifli dari PKNP FC, Suhairy Johari (ATM), Mohd Firdaus Azizul (Felcra FC), Ahmad Syamim Yahya (Pahang) dan Mohd Khairul Rizam Che Soh (T-Team).

Mohd Fazli dan Suhairy masing-masing didenda RM1,000 dan digantung empat perlawanan berkuat kuasa serta merta kerana didapati bergaduh semasa perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari lepas.

Mohd Firdaus turut dikenakan hukuman sama selepas didapati menumbuk pemain KDMM FC Mohd Helmi Sudin di bahagian perut ketika perlawanan Piala FAM pada 26 Februari di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

Mohd Khairul pula didapati bersalah menumbuk pemain Pahang Shazlan Zaidin di bahagian perut semasa perlawanan Piala Presiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 2 Mac lepas yang mengakibatkan beliau digantung empat perlawanan dan didenda RM500.

Pemain Pahang Mohd Syamim yang didapati bersalah menunjukkan isyarat lucah semasa perlawanan Liga Super di antara Melaka dan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 Feb lepas, digantung satu perlawanan dan didenda RM500.

Sementara itu, mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Kang Hwee Gee itu turut mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membayar RM5,000 kerana melanggar Artikel 70.2 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan ‘Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton’.

Pada 14 Februari lepas, para penyokong skuad ‘Hoben Jang Hoben’ menceroboh masuk ke dalam padang Stadium Majlis Perbandaran Selayangs elepas tamat perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");