Sukan Hari Ini

Lin Dan Gagal Ke Final

PETALING JAYA: Juara bertahan Lin Dan disingkirkan oleh rakan senegara, Shi Yuqi yang akan beraksi menentang Datuk Lee Chong Wei pada final All England buat julung kalinya.

Shi Yuqi menundukkan Lin Dan 24-22, 21-11 pada aksi separuh akhir, Sabtu.

Ini bermaksud harapan peminat sukan badminton untuk menyaksikan final impian antara dua pemain hebat itu tidak kesampaian.

Chong Wei sebelum itu mara ke final selepas mengenepikan pemain Taiwan, Chou Tien Chen dari Taiwan 10-21, 21-14, 21-9 di Arena Barclaycard, Birmingham.

Perlawanan akhir antara Chong Wei dan Shi Yuqi dijadual berlangsung malam Ahad memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");