Sukan Hari Ini

Liverpool menang kerana nasib

MENANG tipis 2-1 ke atas Burnley membawa Liverpool kembali bersaing dalam saingan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurusnya, Jurgen Klopp bagaimanapun menyifatkan pasukannya bernasib baik mengutip tiga mata daripada perlawanan ini meski pun tampil dengan prestasi buruk.

“Biasanya ketika kami tampil dengan persembahan buruk, kami akan tewas. Tapi tidak dalam perlawanan ini.

“Burnley ternyata sebuah pasukan paling konsisten dalam gaya permainan dan semangat juang mereka tinggi untuk memenangi perlawanan.

“Apa pun saya sangat berpuas hati dengan tiga mata hasil penampilan buruk ini dan jelas kami perlu melakukan banyak perubahan untuk terus bersaing di kelompok teratas liga,” katanya memetik sumber sinar harian.

Kemenangan ini mengekalkan The Reds di tangga keempat liga dengan ketinggalan 11 mata kepada pendahulu, Chelsea dan dibezakan satu mata kepada Tottenham Hotspurs dan Manchester City yang berada di tangga kedua dan ketiga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");