Berita Hari Ini

Malaysia adil, munasabah kendali kes Jong-nam

KUALA LUMPUR: Pendekatan Malaysia mengendalikan siasatan berhubung kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam disifatkan sebagai adil dan munasabah.

Speaker Parlimen Korea Selatan, Chung Sye-kyun, ketika menyuarakan pendirian itu yakin Malaysia tidak akan berganjak daripada pendekatan itu, sekali gus memberi bayangan siasatan dikendalikan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Kerajaan Malaysia berlaku adil dan sentiasa munasabah sepanjang berdepan dengan pelbagai rintangan ketika mengendalikan isu ini (kematian Jong-nam).

“Saya harap rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara akan diberi kebenaran pulang ke tanah air mereka secepat mungkin dan dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di pejabatnya di Parlimen, di sini.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam dibunuh menggunakan senjata kimia iaitu Agen Saraf VX yang disembur ke mukanya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk ke Macau.

Sye-kyun berkata, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk hal ehwal perdagangan dan ekonomi kedua-dua negara.

“Kami turut menyatakan minat dan keupayaan Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan terhadap projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang akan dibina menghubungkan Malaysia dan Singapura,” katanya memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");