Sukan Hari Ini

Malaysia Bergelut Dengan Kekalahan

Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Burok, hari ini menyaksikan pasukan negara terus bergelut untuk meraih kemenangan apabila tewas tipis 6-5 ke atas Bahrain.

Dengan kekalahan ketiga berturut-turut itu, ianya sekaligus menutup peluang buat skuad kendalian Ismail Zakaria untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila hanya berbaki satu perlawanan dalan saingan kumpulan A bertemu China Rabu ini.

Pada pertemuan ketiga skuad negara itu, kem Bahrain terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi Abulla Almalki yang bijak memanfaatkan tandukan Rashed Jamal.

Sinar Harian melaporkan, kem negara pantas menyamakan kedudukan selepas Mohd Shafiq Riza Huzair berjaya merampas bola dari kaki penjaga gol Bahrain, Sayed Mohamed Abbas dan mudah menolak masuk bola ke pingol tuan rumah.

Namun kem tuan rumah (Bahrain) kembali berada di depan penghujung suku pertama dengan kedudukan 2-1 apabila Rashed berjaya menewaskan penjaga gol negara, Mohd Nazri Sulaiman.

Bersambung suku kedua, skuad bimbingan Joao Nuno Alves De Almeida terus melebarkan jaringan dengan menambah tiga lagi gol menerusi Sayed Mohamed Abbas (minit 13), Mohamed Abdulla (minit 17) dan Ayoob Naseem Salem (minit 19).

Kem negara yang mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk merapatkan jurang gol akhirnya berhasil apabila Mohd Zaharim Mohd Yusof (minit 19) dan Mohamad Fakhrullah Mohamad (minit 23) berjaya menewaskan penjaga gawang Bahrain menjadikan kedudukan 3-5 sehingga tamat suku kedua.

Bersambung suku ketiga, Mohd Khairul Nizam kembali menghidupkan peluang skuad negara dalam memburu kemenangan selepas menjaringkan gol keempat Malaysia pada minit ke-28, namun Bahrain berjaya menjarakkan kedudukan 6-4 apabila Abdulla Abdullatif Alabdulla menjaringkan gol tuan rumah pada minit ke-32.

Jaringan kelima negara menjelma seminit selepas itu hasil jaringan kedua peribadi Mohd Zaharim Mohd Yusof , bagaimanapun Bahrain terus meranapkan impian kem negara untuk mengutip mata pertama apabila kekal menggenggam tiga mata penuh sehingga tamat perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");