Berita Hari Ini

Malaysia, China kukuh kerjasama pertahanan

Kuala Lumpur: Malaysia dan China bersetuju untuk menubuhkan satu jawatan kuasa tertinggi bagi memperkukuhkan aspek pertahanan kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, jawatan kuasa itu nanti akan dipengerusikan bersama Menteri Pertahanan Malaysia dan China.

Menurutnya, draf berkenaan jawatankuasa itu sudah dibentuk dan menunggu masa untuk ditandatangani dalam masa terdekat.

“Apa yang cuba dilakukan adalah untuk menginstitusikan hubungan antara kementerian, ketenteraan dan industri pertahanan kedua-dua negara.

“Selain itu, pembentukan jawatan kuasa itu juga boleh dijadikan ruang membincangkan pelbagai isu termasuk ancaman di perairan Laut China Selatan, Laut Selat Melaka, Daish serta geopolitik serantau,” katanya memetik sumber Harian Metro Online.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Republik China, Jeneral Xu Qiliang dalam lawatan ke Kementerian Pertahanan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");