Berita Hari Ini

Malaysia Hampir Terlepas Pelaburan Saudi Aramco

Saudi Aramco keberatan untuk melabur di Malaysia setelah diberi maklumat kononnya Malaysia diletakkan dalam kategori berisiko politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata susulan daripada risiko berkenaan Malaysia hampir terlepas pelaburan besar dari Saudi Aramco.

Jelasnya, sektor pelaburan negara tergugat berikutan sikap tidak patriotik sesetengah pihak yang menyalurkan maklumat tidak betul mengenai negara kepada syarikat minyak Arab Saudi itu.

“Saudi Aramco diberikan maklumat kononnya Malaysia tidak stabil, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir bangkrap dan kerajaan tidak berkemampuan untuk membayar gaji penjawat awam.

“Ini kerana ada orang yang tiada hati perut, motif mereka adalah politik tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia,” katanya ketika melancarkan Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya hari ini.

Beliau berkata hanya apabila diberikan maklumat sahih bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya dan mendapat penarafan A, kepercayaan Saudi Aramco terhadap Malaysia dikembalikan dan Malaysia mendapat pelaburan RM31 bilion.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah turut serta menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan
Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Program Ekspresi Negaraku menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta negara dalam setiap jiwa Malaysia.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif ‘Negaraku’ bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");