Berita Hari Ini

Malaysia yakin dengan pendekatan kesederhanaan

JAKARTA – Malaysia percaya kesederhanaan adalah pendekatan penting yang merangkumi semua aspek untuk membanteras peningkatan pelbagai bentuk ekstremisme termasuk keganasan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata, dengan mengamalkan pendekatan ini akan membolehkan dunia merapatkan jurang perbezaan dan menyelesaikan pertikaian secara aman kerana kesederhanaan menekankan kepada saling menghormati, persefahaman, toleransi dan keterangkuman.

“Malaysia turut menyokong Deklarasi Mencegah dan Membanteras Keganasan serta Ekstremisme, memandangkan keganasan merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, katanya pada Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Persatuan Lingkaran Pasifik Lautan Hindi (IORA) di sini hari ini.

Anifah dan para pegawai kanan kementerian luar menghadiri mesyuarat peringkat menteri utuk Sidang Kemuncak IORA yang bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan pernyataan Malaysia semasa sesi perbahasan pada sidang kemuncak esok.
Anifah berkata penerimaan deklarasi itu jelas menunjukkan komitmen dan tekad anggota IORA untuk membanteras keganasan secara bersama dan bekerjasama di semua peringkat untuk memeranginya,” katanya.

Beliau berkata sejak penubuhan IORA pada 1997, persatuan itu telah menunjukkan kemajuan membanggakan dalam mengukuhkan kerjasama yang memberi manfaat bersama dalam kalangan anggotanya.

“Adalah menjadi harapan saya agar kita dapat meningkatkan kerjasama sedia ada ke arah mencapai visi sebuah wilayah yang aman, stabil dan makmur dan dalam menjadikan IORA lebih bertenaga dan bermatlamat, kita perlu mengukuhkan wilayah dan rantau dalam usaha kita melangkah ke fasa kerjasama seterusnya,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");