Perak Hari Ini

MAPS: Apa Nasib Projek Mega Ini?

IPOH:Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak melahirkan kebimbangan mengenai projek mega Taman Tema Terbesar di Asia iaitu ‘Movie Animation Park Studios’ (MAPS) yang diwar-warkan sekitar bulan Mac 2014 yang lalu masih belum beroperasi ketika kempen Tahun Melawat Perak 2017 ini sudah melalui fasa keduanya.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, walaupun jangkaan awal Taman tema ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2015, tetapi sehingga kini ia masih belum siap sepenuhnya.

“Akibat kelewatan tersebut, kini tersebar khabar angin mengatakan beberapa orang Pegawai yang menguruskan projek tersebut telah dipecat dan pakar-pakar daripada kontraktor luar negara yang terlibat dengan projek tersebut telah ‘angkat kaki’.

“Sudah tentu ini akan menyebabkan lagi kelewatan menyiapkan MAPS ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Asmuni, AMANAH Perak menyuarakan keresahan orang ramai tentang bayaran tiket ‘season pass’ yang telah dibuat seawalnya dahulu kerana sehingga sekarang masih belum dapat menggunakannya.

“Kami juga bimbang berikutan kelewatan projek MAPS ini akan meningkatkan lagi kos pembinaannya.

“Perlu diingatkan bahawa jualan tiket ‘season pass’ yang bernilai jutaan Ringgit telah mula dijual kepada orang ramai seawal bulan Mac 2016 yang lalu dengan jangkaan ianya boleh beroperasi pada bulan Julai 2016.

“Ditambah dengan kedudukan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang masih belum pulih sepenuhnya, adakah harga tiket tersebut akan dikaji semula berikutan peningkatan nilai projek tersebut kerana sudah tentu ianya akan membebankan pengguna,” katanya.

AMANAH Perak turut mendesak agar isu keselamatan pengguna menjadi keutamaan bagi projek MAPS ini.

Malah Kerajaan Negeri Perak disaran untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat projek ini terutamanya berkaitan isu keselamatan dan perkara penting lain yang memungkin akan atau berlaku apabila bermulanya operasi MAPS ini kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");