Perak Hari Ini

Masjid Taman Jati Terima Sumbangan Van Jenazah

IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah menyumbang sebuah van jenazah kepada Masjid Muhammad Al-Fateh Taman Jati, Ipoh.

Replika kunci van tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga merupakan Pengerusi PPPNP kepada Pengerusi masjid tersebut, Saifuddin Asri selepas solat Jumaat.

Sumbangan van jenazah yang bernilai kira-kira RM 120,000 itu bertujuan memberi manfaat kepada lebih 1000 ahli kariah masjid tersebut.

Menurut Saifuddin, selepas menerima penyerahan dari pihak JKR pada 31 Ogos 2016 lalu, ini merupakan sumbangan van jenazah yang pertama diterima khususnya bagi urusan jenazah.

“Kami akan menggunakan sepenuhnya sebaik mungkin van jenazah ini bagi urusan jenazah ahli kariah masjid,”katanya.

Pembinaan masjid yang bernilai RM 3.7 juta ini telah mula digunakan pada 1 September 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");