Berita Hari Ini

Masyarakat Luar Bandar Perlu Miliki Minda Kelas Pertama

Kerajaan mahu penduduk di luar bandar supaya memiliki minda kelas pertama bagi membolekan mereka terus berada di hadapan dan bersaing dengan warga kota.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan supaya golongan berkenaan tidak terus berada di belakang dan mengharapkan sokongan orang lain untuk maju ke hadapan.

Katanya, sikap merendah diri dan anggapan tidak mampu untuk maju ke hadapan perlu diubah kerana dunia tanpa sempadan kini menuntut setiap orang perlu berusaha untuk maju manakala yang malas akan terus ketinggalan.

“Ramai penduduk kampung (luar bandar) yang hidup miskin tetapi telah terbukti mampu mengubah hidup mereka dengan menukar cara hidup dengan lebih banyak berusaha seperti yang dibuktikan oleh anak-anak penduduk kampung yang berjaya dalam pendidikan.

“Mereka mampu melanjutkan pendidikan hingga ke luar negara dan berjaya menjawat jawatan tinggi,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Masjid Al Faqeh, Balik Bukit di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Besut itu berkata, kini ramai para doktor dan jurutera termasuk ahli korporat yang lahir dari kalangan anak-anak penduduk kampung pada satu ketika dahulu merupakan orang miskin.

Justeru, Idris mahu penduduk tidak terus kecewa sekiranya mereka berada dalam kalangan golongan miskin sebaliknya sanggup berusaha mengubah hidup dengan mempunyai cita-cita luar biasa dengan usaha yang lebih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");