Membawang Hari Ini

Maya Karin digelar ratu filem seram

MESKIPUN mula melangkah ke bidang seni pada 2001, namun kelibat Maya Karin mula menjadi perhatian tatkala membintangi filem Pontianak Harum Sundal Malam tiga tahun kemudian.

Biarpun pernah menerima tawaran filem genre lain termasuk komedi, namun kelibatnya dalam filem seram dan thriller seperti Pontianak Harum Sundal Malam 2, Waris Jari Hantu, Nota dan Jwanita lebih mendapat perhatian.

Memetik sumber Sinar harian, Maya dikatakan turut dilabelkan sebagai ratu filem seram.

Terbaru, pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke kembali mewarnai industri perfileman tempatan menerusi filem Munafik 2, yang juga sekuel Munafik arahan Syamsul Yusof.

Berkongsi penglibatannya dalam filem tersebut, Maya berkata, untuk pertama kalinya dia memberi kepercayaan penuh kepada pengarah hebat itu dan menerima tawaran tanpa melihat skrip terlebih dahulu.

“Sebenarnya sudah lama saya teringin bekerja di bawah Skop Production dan Datuk Yusof Haslam sendiri pernah menyatakan hasrat untuk bekerjasama.

“Ketika Syamsul tawarkan filem ini tiga minggu lalu, dia hanya bercerita ringkas mengenai watak yang perlu saya lakonkan tapi saya terus terima, lagi pun semua tahu kredibiliti dan pencapaiannya.

“Saya lihat pelakon lain juga hebat-hebat belaka. Selalunya, saya akan lihat dulu skrip sebelum terima, tapi kali ini saya letak kepercayaan sepenuhnya pada Syamsul,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran filem Munafik 2 di Finas, Ulu Kelang.

Meskipun diberi gelaran ratu filem Seram, akui wanita berusia 37 tahun ini, dia sebenarnya teringin menjayakan filem aksi dan berharap akan mendapat peluang suatu hari nanti.

Maya juga suka melakukan aktiviti lasak dan mengakui boleh berlawan tetapi pelakon cantik ini tertanya-tanya kenapa penerbit atau pengarah tidak pernah menawarkannya filem aksi.

“Mungkin ketika shooting Munafik 2, saya akan tunjukkan kemampuan pada Syamsul. Jadi bila dia tergerak untuk buat filem aksi, dia boleh panggil saya,” katanya berseloroh.

Berkongsi perkembangan terkininya, Maya berkata, 2017 akan menjadi tahun untuk dia fokus terhadap karier selepas bercuti panjang.

Ujarnya, selepas tamat penggambaran filem Nota pada April 2013, dia mula bercuti ke luar negara sambil melawat keluarga di Jerman.

“Munafik 2 adalah tawaran pertama tahun ini dan Insya-ALLAH, saya akan kembali sibuk.

“Ada satu lagi tawaran filem untuk saya tapi masih dalam proses perbincangan dan saya juga merancang untuk merakamkan lagu,” katanya lagi.

Jaga nilai eksklusif

Ditanya adakah dia hanya menerima tawaran untuk filem sahaja, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ini tidak menafikannya malah lebih senang berlakon filem.

“Setakat ini saya memang meletakkan had untuk berlakon filem.

“Bukan nak berlagak diva atau memilih, tapi saya rasa mengapa tidak untuk menjadi eksklusif.

“Sebenarnya sebelum ini kak Erma Fatima pernah menawarkan saya berlakon telemovie, Air Mata Salina dan saya memang nak buat kerana naskhah itu sangat menarik.

“Tapi kerana jadual clash, saya tak dapat terima dan ralat juga, lebih-lebih lagi apabila pelakonnya, Umie Aida menang Pelakon Terbaik untuk drama berkenaan.

“Jadi sekarang, biarlah saya terus kekal menerima tawaran filem sahaja,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");