Perak Hari Ini

MBI Sasar Peningkatan Bayaran Cukai Taksiran

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyasarkan peningkatkan pembayaran bil cukai Taksiran kepada 50 peratus tahun hadapan, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Jelas beliau, setakat ini pembayaran cukai tersebut berada pada tahap 15 peratus dengan bilangan pegangan sebanyak 290,000 jumlah bil dengan nilai sekitar RM130 juta.

“Bagi tahun ini jumlah pembayar cukai telah meningkat sekitar 15 peratus iaitu dengan jumlahnya bilnya sekitar 20,000.

“MBI menyasarkan peningkatan sebanyak 50 peratus manakala bagi tahun ini sebanyak 75,600 daripada 290,000 pengangannya telah membuat pembayaran bagi bil setahun cukai taksiran keseluruhannya iaitu sebanyak 30 peratus,”
katanya kepada media sejurus selepas mengadakan cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2017 di sini hari ini.

Jelas Zamri lagi, jumlah pembayaran itu diharap akan meningkat saban tahun untuk memberikan perkembangan positif kepada Bandaraya Ipoh amnya.

Terdahulu, program cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dianjurkan khusus sebagai satu penghargaan bagi pembayar cukai taksiran sekitar Bandaraya Ipoh setiap tahun.

“Ia merupakan program yang dianjurkan setiap tahun bagaimanapun berbeza dengan pemilihan hadiahnya.

“Jadi bagi tahun ini istimewanya hadiah utama merupakan sebuah kereta jenis Proton Saga menanti pemenang bertuah yang akan diumumkan awal April ini,” katanya.

Terdahulu, setiap wakil pelbagai agensi terpilih telah mencabut 200 kupon cabutan bagi hadiah saguhati dan 30 kupon untuk hadiah utama.

Para pemenang akan diumumkan pada sesi cabutan kedua awal April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");