Membawang Hari Ini

Mel B Spice Girls pohon cerai

LOS ANGLES: Penyanyi kumpulan pop Spice Girls dari Britain, Melenie ‘Mel B’ Brown memfailkan permohonan cerai daripada suaminya yang dikahwini sejak 10 tahun lalu, atas sebab ‘pertelagahan yang tidak dapat diperbaiki’.

Memetik sumber Berita Harian, dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Isnin lalu, menyebut Mel B, 41, dan suaminya, produser TV, Stephen Belafonte sudah berpisah sejak Disember lalu.

Mel B memohon penjagaan bersama secara fizikal dan undang-undang ke atas anak mereka Madison Brown Belafonte, 5. Wakil Mel B gagal memberi reaksi pertanyaan Reuters manakala usaha menghubungi Belafonte gagal.

Terdahulu Mel B yang juga popular dengan gelaran Scary Spice berkahwin dengan Belafonte pada 2007.

Scary Spice mempunyai dua anak sebelum bersama Belafonte.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");