Membawang Hari Ini

Mizz Nina berusaha gigih kuruskan badan

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Mizz Nina, mengakui mula menjaga pemakanannya untuk tampil lebih langsing.

Nina atau nama penuhnya Syazrina Azman, 36, berkata beliau lebih bersemangat untuk berbuat demikian apabila melihat suaminya yang vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, mula aktif berjoging setiap pagi.

“Semuanya bermula apabila Noh rajin berjoging sejak tahun lalu. Apabila melihat berat badannya turun mendadak, hati saya pula rasa tidak senang.

“Dalam hati saya berkata sendiri, saya perlu melakukan sesuatu dan inginkan badan yang langsing juga. Kemudian saya mula berjoging sekurang-kurangnya 45 minit setiap hari,” katanya memetik sumber BH Online.

Jelasnya lagi,dia turut memastikan memilih makanan berkhasiat selain menolak hidangan berminyak.

Katanya, aktiviti joging yang dilakukan sekurang-kurangnya empat kali seminggu membuahkan hasil apabila berat badannya semakin menurun sehingga 60 kilogram (kg) berbanding 65 kg sebelum ini.

“Bagaimanapun, berat badan saya belum susut seperti zaman ‘Mizz Nina’ dulu. Ketika itu, berat saya cuma antara 53 hingga 55 kg saja,” katanya sambil ketawa kecil.

Dalam perkembangan lain, Nina kini sibuk dengan kerja produksi menerbitkan beberapa program untuk siaran pada bulan Ramadan nanti di bawah syarikat penerbitannya, DOPs TV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");