Sukan Hari Ini

Mourinho Kecewa Tindakan United, Kritik LVG

JOSE Mourinho kecewa dengan keputusan Manchester United dan mengkritik tindakan Louis Van Gaal menjual Angel Di Maria, Javier Hernandez dan Danny Welbeck.

Ketika ditemubual oleg radio BBC, jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, United telah tersalah menjual pemain sepanjang musim lalu.

Berikutan itu juga, kelab berkenaan menghadapi krisis pemain untuk mengharungi jadual padat sehingga terpaksa melepaskan saingan Piala FA.

“Saya kecewa. Manchester United telah menjual pemain yang saya tidak akan menjual mereka. Beli pula pemain yang saya tidak akan beli.

“Saya tidak akan jual pemain seperti Angel Di Maria, Danny Welbeck dan Javier Hernandez, tidak sesekali.
“Mereka mempunyai potensi dan mampu mencipta sesuatu,” katanya memetik sumber Mstar online.

Pada masa sama, Mourinho turut mengakui bahawa saingan Liga Juara-Jura Eropah tidak menjadi sasaran mereka termasuk untuk membawa pemain ke Old Trafford.

Sebaliknya bekas pengendali Real Madrid dan Chelsea itu mempunyai cara tersendiri untuk membawa pemain terbaik ke kelab berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");