Sukan Hari Ini

Mourinho Sepak Bola Ke Arah Conte

JOSE MOURINHO dikesan sengaja menyepak bola dalam keadaan marah ke arah Antonio Conte ketika Machester United tewas 0-1 kepada Chelsea dalam saingan suku akhir Piala FA awal pagi ini.

Berikutan tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua jurulatih berkenaan.

Bekas jurulatih Chelsea itu bertindak demikian ketika Ander Herrera dilayangkan kad merah pada minit ke-35 kerana menjatuhkan Eden Hazard.

Mourinho bertindak demikian selepas berang melihat tindakan Conte yang mahukan Herrera dilayangkan kad merah.

Ketegangan tersebut adalah kali pertama berlaku walaupun Mourinho pernah mengkritik Conte dengan mendakwa Chelsea bermain secara bertahan pada aksi Liga Perdana Inggeris memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");