Sukan Hari Ini

Mourinho Terlibat Dalam Pergaduhan, Kem United Bergolak

KEM Manchester United dilaporkan bergolak ekoran berlakunya pertengkaran melibatkan pengendalinya, Jose Mourinho menjelang aksi getir Liga Eropah menentang FC Rostov pada awal Jumaat.

Pengurus kelahiran Portugal itu dilaporkan bertengkar dengan jurulatih kecergasan, Carlos Lalin pada sesi latihan sehingga memaksa pegawai teknikal, Ricardo Formosinho campur tangan.

Menurut laporan portal Metro.uk, kedua-dua jurulatih tersebut dikatakan saling menjerit antara satu sama lain atas sebab yang tidak diketahui tetapi selepas pertengkaran itu, Lalin dilaporkan pulang ke rumah manakala Mourinho meneruskan sesi latihan.

Lalin yang menghabiskan masa selama enam tahun di Real Madrid sebelum bekerja di bawah Mourinho dan mengikut pengurus tesebut ke Chelsea pada 2013.

United dan Mourinho melakukan persediaan aksi perlawanan kedua menentang kelab Rusia tersebut selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri pada perlawanan pertama minggu lalu.

Isnin lalu, Mourinho berang dengan pegawai kelab kerana terpaksa menunggu selama lima jam akibat penangguhan penerbangan pulang ke Manchester selepas mereka kalah 0-1 kepada Chelsea di Stamford Brigde dalam aksi suku akhir Piala FA.

Malah kemelut kecederaan yang melanda dua pemainnya, Wayne Rooney dan Anthony Martial juga merunsingkan Mourinho untuk mencari kesebelasan terbaik untuk menentang FC Rostov sekali gus mara ke pusingan suku akhir Liga Eropah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");