Berita Hari Ini

Mufti Ismail Menk puji keharmonian Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Mac – Ketua Jabatan Fatwa Majlis Ulama Zimbabwe, Mufti Ismail Menk memuji kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian biarpun rakyatnya menganut agama berbeza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pujian itu disampaikan kepada beliau ketika Ismail mengunjungi pejabatnya di Putrajaya semalam.

Katanya, apa yang dimiliki negara ketika ini perlu dikekalkan bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni dan yang paling penting, mesej keamanan serta kasih sayang dibawakan oleh Islam dapat disampaikan dengan jelas.

“Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak setiap rakyat untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

“Ini adalah Malaysia dan diharapkan keindahannya akan terus berkekalan untuk generasi akan datang, insya-Allah,” katanya menerusi catatan di blog NajibRazak.com malam tadi.

Perdana Menteri menambah, sebagai seorang pemimpin dalam negara yang mempunyai rakyat berbilang agama, adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan penganut-penganut semua agama dapat mengamalkan kepercayaan mereka.

Mengulas lanjut, Najib memaklumkan pembantu Ismail berketurunan Rohingya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana melaksanakan misi bantuan kemanusiaan, Food Flotilla for Myanmar baru-baru ini.

“Sebagai umat Islam dan seorang manusia, apa yang dilakukan kita adalah perkara yang wajar dilakukan dan semoga Yang Maha Esa terus merahmati kita semua,” katanya memetik sumber Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");