Panasnya Hari Ini

Muhyiddin jangan berburuk sangka

KUALA LUMPUR:Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihati untuk tidak berburuk sangka sebaliknya, menyokong usaha kerajaan menyelesaikan krisis hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Memetik sumber Berita Harian, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata kenyataan Muhyiddin kelmarin ada pihak yang mendapat manfaat politik melalui krisis itu adalah berniat jahat.

Katanya, pada ketika ini setiap daripada rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik harus bersatu dan memberikan sokongan padu terhadap usaha kerajaan menyelesaikan krisis berkenaan.

“Saya minta semua pihak termasuk Muhyiddin janganlah berburuk sangka sehingga sanggup menyatakan ada pihak di negara ini yang boleh mendapat dividen politik menerusi krisis berkenaan.

“Janganlah berpolitik mengenai isu yang membabitkan keselamatan rakyat kita sendiri sedangkan kerajaan sedang berusaha keras memastikan baki sembilan rakyat negara kita yang terkandas di Korea Utara dapat pulang dengan selamat.

“Negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Singapura pun memberikan pujian dan sokongan kepada negara kita terutamanya bagaimana kerajaan mengendalikan krisis ini, ” katanya.

Kelmarin Muhyiddin dalam satu sidang media dilaporkan meminta tiada pihak menggunakan perbalahan diplomatik itu sebagai mainan politik bagi memenuhi agenda politik mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");