Membawang Hari Ini

Nad bimbang guna khidmat pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Pelbagai rakaman video negatif yang dimuat naik ke media sosial menyebabkan pelakon Nad Zainal takut menggunakan khidmat pembantu rumah.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 27, sanggup menolak tawaran kerja sekiranya tiada ahli keluarga boleh menjaga anaknya, Fahad, yang baru mencecah usia empat bulan.

“Saya sebenarnya bimbang mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak selepas melihat banyak rakaman kanak-kanak didera di pusat asuhan. Jadi, saya lebih selesa ahli keluarga menjaga Fahad.

“Sekiranya ibu mentua dan ahli keluarga sibuk, saya rela menolak tawaran kerja. Malah, saya rasa lebih selesa dan selamat menjaga anak sendiri berbanding menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang luar,” katanya memetik sumber BH Online.

Terdahulu Nad dan Muhamad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada 18 Disember 2015.

Sementara itu, Nad kini tampil dengan imej terbaru berambut pendek selepas melahirkan cahaya mata lelakinya.

Sekian lama menyimpan hasrat memotong rambutnya, Nad menganggap imej itu bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu.

“Saya memotong rambut untuk drama berjudul Jurnal Suraya yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Saya memegang watak sebagai pesakit kanser yang sering menjalani rawatan kemoterapi.

“Lebih mudah berambut pendek kerana kebanyakan masa ditumpukan kepada anak. Pada mulanya saya takut juga kelihatan berisi dengan imej rambut pendek tetapi secara tidak langsung ia membantu saya mengawal pemakanan,” katanya.

Selain Nad, drama bersiri Jurnal Suraya karya Zul Huzaimy itu turut membariskan Johan As’ari, Aisya Hasnaa dan ramai lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");