Berita Hari Ini

Najib Mahu Rakyat Yakin Dengan Kerajaan.

Rakyat perlu yakin dengan usaha kerajaan dalam membangunkan negara kerana ia merupakan suntikan semangat untuk kepimpinan negara terus memperteguh ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa kepimpinan negara akan sentiasa berusaha keras agar ekonomi negara terus berkembang dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat jelata.

“Kemantapan ekonomi sesebuah negara boleh diukur melalui banyak aspek, antaranya melalui pelaburan langsung asing kerana ia menunjukkan keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi negara.

“Bukan mudah untuk menarik pelabur asing kerana ia menjadi rebutan antara negara di seluruh dunia,” kata perdana menteri.

Menurut beliau data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan pelaburan asing pada 2016 meningkat 63.4 peratus berbanding pada 2015.

“Kita berjaya meraih RM59 bilion melalui pelaburan asing pada tahun lepas berbanding RM36 bilion pada 2015. Ini menjadikan jumlah pelaburan pada tahun lepas sebanyak RM207.9 bilion,” katanya.

Peningkatan yang mengagumkan ini menunjukkan keyakinan para pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

“Sekiranya pelabur luar yakin terhadap ekonomi Malaysia, adakah kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai alasan lain untuk menidakkan fakta ini?” soal beliau.

Malah, kata perdana menteri, keyakinan pelabur ini menunjukkan bahawa dasar-dasar kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi negara berada pada landasan yang betul.

“Secara tidak langsung, dakwaan kononnya negara Malaysia akan bankrap atau pun Malaysia merupakan sebuah negara yang gagal, merupakan fitnah dan tuduhan yang berniat jahat,” kata perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");