Isu Panas

Nak lawan Najib mesti seorang yang ‘Hebat’

SHAH ALAM:Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat bagi mana-mana calon yang ingin bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU akan datang di Pekan perlulah seorang yang benar-benar ‘hebat’.

Malah jelasnya calon itu juga mestilah seorang yang sudah berada lama dalam arena politik.

“Calon mestilah bertaraf seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya memetik sumber Sinar Online.

Katanya, sekiranya calon yang menentang Najib adalah orang ‘biasa-biasa’, calon itu akan mudah dikalahkan Najib.

“Tidak mampu mereka,” katanya lagi.

Namun ujarnya, terpulang kepada mana-mana pihak yang mahu melawan Najib kerana mana tahu mereka mengalami nasib di luar jangka.

“Terpulang kepada mereka, menang kalah isu kedua,” katanya lagi.

Sebelum ini, turut dilaporkan seorang yang mengaku dirinya Datuk Abdul Rahman Mohd Nor secara terang-terang menegaskan bahawa beliau akan melawan Najib dalam PRU akan datang.

Katanya, dia merupakan anak jati Pekan, berusia 69, dan beliau begitu kecewa kerana Najib telah mengaibkan rakyat dan negara atas cetusan skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");