Sukan Hari Ini

Neymar Beri Bayangan Beraksi Di Liga Perdana Inggeris

NEYMAR telah membayangkan dia berkemungkinan bakal meninggalkan Barcelona untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris pada masa akan datang.

Penyerang Brazil itu telah menjaringkan 99 gol dalam 176 penampilan sejak menyertai Barca dari Santos pada 2013 dan baru-baru ini menunjukkan kesediaannya untuk memberi komitmen jangka panjang dengan kelab Catalan itu apabila menandatangani kontrak baharu selama lima tahun.

Walaupun menandatangani kontrak itu, Neymar telah mendedahkan bahawa dia kagum dengan beberapa kelab besar Liga Perdana Inggeris dan mengakui peluang untuk bekerja di bawah Jose Mourinho atau Pep Guardiola sememangnya amat didambakan oleh mana-mana pemain.

“Liga Perdana adalah kejohanan yang membuatkan saya kagum,” katanya memetik sumber The Sun.

“Saya sukakan pasukan dan gaya permainannya. Dan siapa tahu, suatu hari nanti, saya mahu bermain dalam kejohanan itu.

“Saya mengagumi Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool. Ini adalah pasukan yang sentiasa ada untuk berjuang.

“Dan kemudian anda mempunyai jurulatih peringkat tinggi seperti Mourinho dan Guardiola. Ini adalah jurulatih yang mana-mana pemain pun ingin bekerja di bawahnya.”

Pemain berusia 25 tahun itu juga menekankan tentang ketidaktentuan Liga Perdana Inggeris dan mengakui Barca perlu berhati-hati dengan Leicester jika mereka bertemu dengan juara bertahan itu dalam Liga Juara-Juara.

Barca akan berdepan Juventus dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, manakala Leicester akan menentang Atletico Madrid selepas menewaskan Sevilla pada peringkat 16 pasukan terbaik.

“Dalam Liga Perdana Inggeris anda tidak tahu siapa yang akan menang atau akan jadi juara, kejutan sentiasa ada,” katanya.

“Leicester pasukan yang baik. Mereka mempunyai musim yang hebat tahun lepas, kami perlu menghormatinya jika berdepan mereka dalam Liga Juara-Juara.”

Neymar telah memenangi dua kejuaraan La Liga sejak tiba di Barca dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang meraih gelaran treble pada 2014/15.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");