Sukan Hari Ini

Neymar tak akan ke MU

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho menolak khabar angin bahawa pasukannya sedang berusaha mendapatkan bintang Barcelona, Neymar.

Katanya, perkara itu tidak akan terjadi kerana ia amat mustahil untuk dilakukan.

“Khabar angin ini sungguh kelakar. Sebuah kelab besar seperti Barcelona pasti tidak mahu kehilangan pemain seperti Neymar.

“Walaupun Messi lebih menyerlah, tetapi saya percaya Neymar berpotensi menjadi pengganti Messi di kelab itu.

“Bagi saya, cubaan mendapatkan Neymar ibarat cuba memecahkan sebuah peti besi. Ianya mustahil,” tegas Mourinho memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Neymar turut menafikan khabar angin tersebut. Beliau menegaskan bahawa Barca adalah kelab impiannya dan ingin terus kekal di sana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");