Sukan Hari Ini

Nombor pendaftaran khas KL2017 dilancarkan

JAWATANKUASA Pengelola Sukan Sea (Masoc) akan memperkenalkan nombor pendaftaran khas kenderaan sempena Sukan Sea Ke-29 dan Sukan Para Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL 2017).

Memetik sumber laporan Sinar Harian, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, bidaan plat khas dibuka kepada orang ramai bulan depan.

Sementara itu, Khairy turut mengesahkan sudah mencapai 87 peratus atau RM69 juta daripada jumlah sasaran sebenar penajaan berjumlah RM80 juta.

Beliau berkata, jumlah itu berjaya di kumpul dengan menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta antaranya Malaysia Airports, AirAsia, Telekom Malaysia, Naza dan Mc Donalds.

“17 syarikat swasta setuju taja dalam bentuk wang tunai dan barangan. Mengikut ketetapan, syarikat taja RM30 juta (wang tunai) dan RM50 juta (perkhidmatan dan barangan),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");